Jangan sesakkan Malaysia yang tenat - Utusan Malaysia

Jangan sesakkan Malaysia yang tenat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Merujuk kepada kenyataan akhbar Menteri Sumber Manusia, M. Kula Segaran semalam mengenai cadangan untuk mengalih sumber pekerja sektor perladangan kepada warga negara dari Afrika adalah amat melemas dan membimbangkan.

Kementerian Sumber manusia sepatutnya mengkaji cara dan solusi yang lebih bernas bagaimana untuk memenuhi keperluan sumber manusia terutamanya membantu warganegara Malaysia sendiri yang menganggur serta tidak mendapat peluang yang baik di negara sendiri.

Umum mengetahui kebanjiran warga asing dari negara jiran seperti Indonesia, Myanmar, Vietnam serta Bangladesh yang datang secara sah mahupun tidak masih membelenggu pelbagai agensi penguatkuasaan dengan isu PATI, masalah sosial, jenayah juga penyakit berjangkit yang membahayakan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Oleh itu adalah tidak bernas dan sama sekali tidak wajar untuk membuka ruang perjalanan menyesakkan Malaysia dengan lebih ramai warga asing.

Kementerian Sumber manusia perlu membuat kajian terperinci untuk menggalakkan semula warganegara Malaysia menceburi sektor perladangan dengan menaik taraf tangga gaji, kebajikan serta melindungi warga kerja dari terus dimanipulasi sektor korporat.

Tangga gaji yang terlalu rendah serta tiada rasa tanggungjawab melindungi pekerja sektor perladangan khususnya membuatkan ramai majikan sambil lewa ingin mengupah warga asing kerana tamak dan ingin keuntungan maksimum.

Kehadiran warga asing terutama pendatang tanpa izin bukan hanya retorik dan sekadar memenuhi ruang buruh atau pekerjaan.

Kesan jangka panjang di dalam negara haruslah diteliti, pelbagai masalah sosial, kes kes jenayah, penyakit berjangkit seperti batuk kering, campak dan pelbagai penyakit bawaan migrasi ini amat merisaukan.

Dominasi warga asing akan merubah landskap populasi warganegara.Benar mereka ingin mencari sesuap nasi namun bagaimana nasib warganegara Malaysia sendiri?

Wirawati Putra berharap kerajaan Pakatan Harapan terutamanya Kementerian Sumber Manusia mula berpegang kepada janji satu juta peluang pekerjaan untuk rakyat Malaysia sendiri dan Mula mencari jalan memperbaiki kelemahan sistem buruh negara.

Tindakan lebih wajar adalah membanteras golongan lebih satu juta PATI yang bermaharajalela dan menghantar balik warga asing yang telah melakukan jenayah dan dihukum supaya tidak menyesakkan Malaysia yg tenat.

Siapa yang tidak mahu kerja jika bayaran dan kebajiknnya setimpal? Tepuk dada tanya selera.

Dr. Asmah Razalli

Ketua Wirawati Penaja Parti PUTRA

*Penafian: Artikel ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak mencerminkan pendirian Utusan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini