MBPJ perketat syarat bebas plastik sekali guna kepada orang awam, peniaga - Utusan Malaysia

MBPJ perketat syarat bebas plastik sekali guna kepada orang awam, peniaga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) akan memperketatkan syarat bagi larangan penggunaan beg plastik sekali guna yang diguna untuk pembungkusan dan minuman di bawah kawasan pentadbirannya mulai 1 Julai ini.

MBPJ dalam satu kenyataan memaklumkan, pihaknya melancarkan kempen Jom Cegah Plastik Sekali Guna baru-baru ini bagi menyahut seruan kerajaan negeri melalui kempen bebas beg plastik yang diperkenal sejak tahun dua tahun lalu.

Sehubungan itu, MBPJ melancarkan lima kempen dan inisiatif lain antaranya kempen ‘Waste Warrior’ yang bertujuan supaya orang awam mempraktikkan gaya hidup tanpa plastik terutama dalam pembungkusan makanan atau membeli-belah.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Skuad dari Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam MBPJ akan melakukan rondaan di sekitar Petaling Jaya khususnya pasar, medan selera, premis

makanan, pusat membeli-belah, pasar raya, sekolah, agensi kerajaan dan pejabat swasta.

“Individu yang dikenal pasti sebagai Waste Warrior akan diberi perakuan dengan cenderahati, t-shirt, sijil dan foto akan dimuat naik ke laman media

sosial MBPJ,” katanya.

Selain itu MBPJ akan terus berusaha meningkatkan tahap kesedaran awam dan peniaga tentang penggunaan barangan eco-label seperti ECO 001 (barangan bio-degradasi dan bio-kompos) dan ECO 009 iaitu barangan buatan berasaskan biomas.

“Inisiatif lain yang akan diwujudkan termasuk Shared Tapau Corner yang dilengkapi dengan set bekas makanan dan botol air guna semula di setiap jabatan untuk kegunaan kakitangan bagi tujuan membeli makanan atau minuman dari luar,” katanya.

Tambahnya, MBPJ juga akan mengenakan syarat larangan penggunaan polistirena, plastik dan penyedut minuman plastik (straw) yang akan dimasukkan dalam terma dan syarat penyewaan petak gerai di medan selera dan pasar milik MBPJ.

“Begitu juga dengan permohonan sewaan kemudahan MBPJ seperti dewan serba guna dan deposit akan dikenakan supaya pematuhan syarat tersebut dilaksanakan,” katanya.

Inistaif terakhir yang akan dilaksanakan MBPJ adalah syarat baharu permohonan lesen iaitu syarat larangan penggunaan plastik sekali guna turut dikenakan ketika permohonan lesen perniagaan, lesen penjaja, kemajuan pembangunan dan permit infrastruktur.

“Bagi lesen sedia ada, syarat tambahan ini akan dimasukkan ketika pembaharuan lesen dikemukakan dan berkuatkuasa bermula 1 Januari 2020,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini