Estet padi mampu capai pengeluaran lima musim dalam dua tahun - Utusan Malaysia

Estet padi mampu capai pengeluaran lima musim dalam dua tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANDAR BAHARU – Hasrat kerajaan melaksanakan konsep pertanian estet padi mampu mengeluarkan hasil tanaman itu sebanyak lima musim untuk dua tahun berbanding hanya empat musim sebelum ini.

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Rina Mohd. Harun berkata, hal demikian kerana menerusi konsep estet itu, penggunaan teknologi dapat diperluaskan sekali gus meningkatkan hasil dan kecekapan pertanian.

Di samping itu kata beliau, di bawah pengurusan pertanian yang cekap juga, para pesawah boleh mempelbagaikan aktiviti ekonomi termasuk menternak ikan air tawar di kawasan sawah untuk dijadikan pekasam.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ikan pekasam mendapat permintaan tinggi berbanding penawaran yang boleh dijadikan sumber pendapatan baharu pesawah-pesawah.

“Kita juga mahu jerami padi yang sebelum ini dibakar begitu sahaja, dimanfaatkan pesawah untuk dijadikan sebagai makanan ternakan seperti lembu kerana mempunyai serat yang baik,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan Serdang Lake View Resort di Serdang di sini, hari ini.

Terdahulu Rina mengadakan lawatan untuk meninjau perkembangan Prospek di Kampung Sidam di sini diikuti dengan Desa KEDA Leret Bandar Baharu di sini.

Sementara itu, Serdang Lake View Resort yang pertama di daerah ini itu mempunyai sebanyak 33 buah bilik, dua buah asrama lelaki dan perempuan serta sebuah dewan.

Ia diuruskan oleh anak syarikat KEDA iaitu KEDA Resort & Holidays Sdn. Bhd. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini