MIC Cawangan Perasing Jaya santuni 39 keluarga berpendapatan rendah - Utusan Malaysia

MIC Cawangan Perasing Jaya santuni 39 keluarga berpendapatan rendah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN – Kesempitan hidup seramai 30 keluarga berpendapatan rendah di sekitar Lembah Jabor di sini mendapat perhatian MIC Cawangan Perasing Jaya yang tampil menghulurkan sumbangan barangan keperluan harian dan wang tunai kepada mereka, semalam.

Pengerusi MIC Cawangan Perasing Jaya, SR Siva Kumar berkata, Program Jalinan Kasih yang digerakkan Biro Kebajikan dan Hal Ehwal MIC itu diharap dapat meringankan beban golongan sasar terutama dalam menghadapi kos sara hidup yang semakin meningkat.

“Kesemua keluarga diberi bantuan berupa barangan keperluan harian seperti kain sari, minyak masak, beras dan biskut serta duit.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Barangan dan duit itu disumbangkan oleh bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih dan Pengerusi penaja Kelab Sahabat N32, Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini