Lang Merah bimbang pemain kurang cergas - Utusan Malaysia

Lang Merah bimbang pemain kurang cergas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR – Setiausaha Kehormat Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Mohd Asmirul Anuar Aris mengakui bimbang dengan tahap kecergasan pemain Kedah menjelang perlawanan separuh akhir kedua menentang Felda United Ahad ini.

Menurutnya, perlawanan itu disifatkan sukar kerana skuad kendalian Aidil Sharin Sahak hanya bertandang di Stadium Tun Abdul Razak (STAR), Jengka, Pahang dengan kelebihan satu jaringan dan pada masa sama dilihat keletihan selepas beraksi dalam Liga Super menentang PJ City FC di Stadium Darul Aman, Rabu lalu.

“Faktor kecergasan menjadi perhatian utama pasukan dan saya harap ketua jurulatih, Aidil Sharin Sahak dapat mengatasinya sebelum sepak mula malam Ahad ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya juga berharap dapat melihat pemain banyak membuat hantaran dan lorongan ke depan agar dapat disudahkan dengan jaringan, walaupun ada kelemahan di situ saya yakin Kedah dapat buat jaringan dengan semangat juang yang ada,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Asmirul berkata, bagi menghadapi cabaran itu pemain diingatkan sentiasa mengikut setiap arahan dan taktikal yang dirancang dan paling penting pemain dapat beraksi di posisi masing-masing dengan baik.

“Saya juga harap pemain dapat menyesuaikan diri ketika bermain di padang sintetik STAR kerana dijangka perlawanan malam itu lebih laju,” katanya.

Katanya lagi, pemain juga tidak boleh pandang rendah dengan kemampuan pasukan lawan yang memang terkenal dengan serangan balas pantas yang mampu memberi ancaman.

Beliau turut menyeru semua pemain agar tidak banyak melakukan kesilapan serta berusaha menguasai permainan dan mempamerkan persembahan teratur dan kemas.

“Kita harus sedar, kita bertandang dengan hanya satu jaringan dan misi utama adalah berusaha mencari gol jika mahu ke pentas final,” katanya.

Dalam pada itu, beliau dan seluruh kepimpinan KFA menyeru para penyokong dan peminat Lang Merah agar beramai-ramai ke STAR bagi menzahirkan sokongan padu agar Kedah mencapai kemenangan sekali gus melangkah ke pentas akhir Piala FA 2019. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini