Mohd. Kamarudin bakal Ketua Polis Johor - Utusan Malaysia

Mohd. Kamarudin bakal Ketua Polis Johor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Timbalan Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Kamarudin Md. Din bakal menggalas tugas sebagai Ketua Polis Johor berkuat kuasa 29 Julai depan.

Mohd. Kamarudin akan mengambil alih tugas itu daripada Datuk Mohd. Khalil Kader Mohd. yang dilantik sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman.

Ketua Komunikasi Korporat Polis Diraja Malaysia (PDRM), Urusetia Ketua Polis Negara (KPN), Datuk Asmawati Ahmad dalam satu kenyataan berkata, selain Mohd. Kamarudin, lima lagi pegawai kanan turut ditukarkan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurutnya, Timbalan Pengarah (Operasi) Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman, Datuk S. Dev Kumar akan dilantik sebagai Timbalan Ketua Pesuruhjaya Sarawak.

“Dev Kumar akan menggantikan Datuk Mohd. Dzuraidi Ibrahim yang akan menggalas tugas baharu sebagai Timbalan Pengarah Forensik/Databank DNA/Perancangan Strategik Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.

“Timbalan Ketua Urus Setia KPN (Penyelidikan dan Pembangunan) (Perancangan Strategik), Urus Setia Pejabat KPN Bukit Aman, Datuk Muhammad Azlee Abdullah pula dilantik sebagai Timbalan Pengarah (Operasi) JPJKK Bukit Aman,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Ujar Asmawati, selain itu Timbalan Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) (Operasi) Bukit Aman, Datuk Fisol Salleh akan memegang jawatan baharu di Jabatan KDNKA Bukit Aman sebagai Timbalan Pengarah KDNKA (Pasukan Gerakan Khas).

“Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintenden Lim Bak Phai pula dilantik sebagai Timbalan Ketua (JSJ) (Siasatan/Perundangan) Sarawak dengan memangku pangkat Asisten Komisioner,” jelasnya.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini