KUALA LUMPUR – Pelajar dan guru di sebuah sekolah agama di Beranang, dekat sini gempar apabila seekor ular senduk ditemukan di kawasan belakang sekolah tersebut, hari ini.
ANGGOTA bomba menangkap ular senduk yang dijumpai di kawasan belakang sekolah Sekolah Rendah Agama Kampung Sesapan Batu Minangkabau, Beranang hari ini.-UTUSAN ONLINE
Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Selangor memaklumkan, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai penemuan ular berbisa itu pada pukul 4.21 petang sebelum jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Semenyih bergegas ke lokasi.
Memuatkan artikel berkaitan…
“Apabila tiba, didapati terdapat seekor ular tedung sepanjang kira-kira 30 sentimeter berada di kawasan belakang sekolah.
“Ular tersebut berjaya ditangkap oleh anggota bertugas menggunakan penjerut dan pengepit ular seterusnya dilepaskan di tempat yang selamat,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.-UTUSAN ONLINE











