A&W Malaysia kini di Batu Pahat Mall - Utusan Malaysia

A&W Malaysia kini di Batu Pahat Mall

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 28 Jun – A&W (Malaysia) Sdn. Bhd. membuka cawangan terkini di Batu Pahat Mall yang terletak di tengah-tengah bandar Batu Pahat dan lokasi ini merupakan satu daripada mercu tanda baharu di Batu Pahat.

Ketua Pegawai Eksekutif A&W Malaysia, George Ang berkata, cawangan di Batu Pahat Mall itu adalah sebahagian daripada rancangan pengembangan perniagaan A&W Malaysia ke kawasan selatan negara.

CAWANGAN A&W di di Batu Pahat Mall.
CAWANGAN A&W di di Batu Pahat Mall. 

Katanya, restoran ini diberikan wajah dan konsep dekorasi kontemporari dan mo­den yang lebih segar dan selesa serta mempunyai Party Room untuk kemudahan pelanggan mengadakan majlis hari jadi dan lain-lain.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ini adalah waktu yang mengujakan bagi industri makanan segera dan kami percaya keadaan pasaran kini adalah sangat sesuai untuk menghidupkan semula jenama dan imej A&W di Malaysia.

“Kami menghargai pelanggan-pelanggan yang menantikan suasana dan pengalaman baharu di A&W,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

A&W Batu Pahat Mall yang terletak di Lot No G06, G07 & G06 – G13, Ground Floor, Batu Pahat Mall mempunyai 80 kerusi akan mula dibuka dan beroperasi sepenuhnya pada 27 Jun 2019 mulai pukul 10.00 pagi hingga 10.00 malam setiap hari.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini