Lelaki separuh bogel buat kacau - Utusan Malaysia

Lelaki separuh bogel buat kacau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki separuh bogel ditahan polis selepas mengganggu ketenteraman awam dipercayai akibat khayal dadah jenis syabu di Sibu, Sarawak hari ini.

Portal Utusan Borneo melaporkan, Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Stanley Jonathan Ringgit berkata, suspek berusia 28 tahun dipercayai mengambil dadah dengan dos berlebihan sebelum ditahan di halaman rumahnya di Jalan Berlian kira-kira pukul 1 petang.

“Tindakan diambil susulan aduan orang awam yang memaklumkan keretanya ditendang di bahagian belakang di Jalan Merlin, Sibu kira-kira pukul 12.30 tengah hari.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Suspek dikatakan ada membawa sebilah pisau namun dan masuk ke rumah orang lain dan menjerit ‘siapa mahu lawan’ sambil menunjukkan pisau,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Stanley, hasil siasatan awal mendapati suspek telah melarikan diri sebelum membasahkan dirinya di halaman rumahnya.

Jelasnya, suspek turut membuang pisau yang dipegangnya ke dalam parit selepas menyedari kehadiran polis di rumahnya.

Tambahnya, kes disiasat di bawah Seksyen 6(1) Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Bahaya (AKBLSB) 1958/ 427 Kanun Keseksaan kerana membawa Senjata Berbahaya (Pisau) di Tempat Awam dan Khianat Ke Atas Kenderaan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini