MAPS bakal jadi R&R - Utusan Malaysia

MAPS bakal jadi R&R

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH – Movie Animation Park Studios (MAPS) terus komited untuk menarik lebih ramai pengunjungnya dengan menjadikan taman tema animasi itu sebagai salah sebuah kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Lebuh Raya Utara – Selatan (arah utara).

Pegawai Eksekutif MAPS, Mohamed Shafeii Abdul Gaffoor berkata, usaha tersebut dilihat mampu menarik lebih ramai pengunjung selain berupaya menyediakan kemudahan kepada semua pengguna lebuh raya berkenaan.

Menurutnya, perkara tersebut bagaimanapun masih dalam peringkat perbincangan dengan semua pihak dan dijangka akan dilaksanakan secara rasminya dalam masa terdekat.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kami telah mengadakan perbincangan mengenai cadangan ini dan pihak pengurusan PLUS Malaysia Berhad (PLUS) dilihat berminat dengan idea itu untuk menjadikan MAPS sebagai R&R yang baharu.

“Dengan adanya pembukaan lencongan terus masuk ke MAPS ini juga secara tidak langsung dapat mengurangkan kekesakan trafik terutamanya di kawasan RNR sedia terutamanya di R&R Kuala Kangsar, R&R Tapah dan R&R Simpang Pulai,” katanya ketika ditemui dalam program Kembara Media Perak (KMP) 2019 di sini hari ini.

KMP 2019 anjuran Jabatan Penerangan disertai sebanyak 23 wakil agensi media tempatan seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak akan menjelajah beberapa lokasi menarik di sekitar Perak antaranya Taman Negeri Royal Belum, Muzium Arkeologi Lenggong dan Kilang Pembuatan Labu Sayong.

Kembara tersebut berlangsung selama empat hari bermula hari ini bertujuan memasarkan maklumat mengenai inisiatif dan kejayaan kerajaan dalam melaksanakan sistem penyampaian perkhidmatan awam kepada rakyat. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini