Jenazah Siti Fatimah selamat dikebumikan - Utusan Malaysia

Jenazah Siti Fatimah selamat dikebumikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BESUT – Jenazah Siti Fatimah Mohamad Nor, 65, yang meninggal dunia di Melbourne, Australia, pada 11 Jun lalu selamat tiba di tanah air tanah dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Pekan Baru Kuala Besut, kira-kira pukul 12 tengah hari ini.

Terdahulu, jenazah penduduk Kampung Lay Out Tok Saboh Kuala Besut itu tiba d Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari Sydney, Australia pukul 5 pagi tadi.

Jenazah itu kemudian diterbangkan ke Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa, Kelantan pukul 8.30 pagi sebelum tiba sejam kemudian dan terus dibawa ke Masjid Jumhuriah Kuala Besut dengan menaiki sebuah van jenazah untuk disembahyangkan kira-kira pukul 11 pagi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Anak kedua arwah, Zalimi Abd. Ghani, 39, berkata, jenazah ibunya yang meninggal di rumah abangnya 18 hari lalu dikebumikan berdekatan kubur arwah bapanya, Abd. Ghani Latif dan kakaknya, Zalifah.

“Kami berasa amat lega kerana jenazah ibu akhirnya sampai dan dapat dikebumikan di tempat sendiri selepas menempuhi sedikit kesulitan dalam urusan membawa pulang.

“Bagi pihak adik beradik, saya mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak iaitu kerajaan negeri Terengganu, penyumbang dan seluruh rakyat Malaysia serta Amal Team yang membantu,” katanya kepada pemberita.

Sebelum ini, jenazah Siti Fatimah sepatutnya tiba di Malaysia pada 19 Jun lalu tetapi disebabkan masalah teknikal urusan tersebut tertunda.

Kisah wanita itu yang pergi ke Australia pada Oktober tahun lalu untuk menziarahi anak-anaknya yang bekerja di sana tular di media sosial apabila ahli keluarga arwah memohon sumbangan RM30,000 bagi urusan membawa pulang jenazah ke tanah air.

Keluarga terbabit tidak mampu mendapatkan jumlah wang sebanyak yang diperlukan oleh pihak yang menguruskan kepulangan jenazah dari Australia itu.

Bagaimanapun kisahnya mendapat perhatian orang ramai termasuk kerajaan negeri yang turut menyumbangkan sebanyak RM10,000 untuk membantu menunaikan hasrat ahli keluarga membawa balik jenazah. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini