Pembantu tadbir didakwa tawarkan barangan, perkhidmatan tidak wujud - Utusan Malaysia

Pembantu tadbir didakwa tawarkan barangan, perkhidmatan tidak wujud

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR GAJAH – Seorang pembantu tadbir Universiti Teknikal Malaysia Melaka (Utem) dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas 15 pertuduhan menawarkan bekalan barangan serta perkhidmatan tidak wujud bernilai lebih RM150,000 sejak 2017.

Mengikut kesemua pertuduhan, dia didakwa telah memperdayakan Shaari Ibrahim, 52, berkaitan 46 surat setuju terima pembekalan barangan serta perkhidmatan di Utem kampus Durian Tunggal yang tidak wujud sehingga mendorong lelaki tersebut memasukkan wang berjumlah keseluruhan RM150,736 ke dalam akaun CIMB milik tertuduh.

Memuatkan artikel berkaitan…

Tindakan itu dilakukan antara 30 November 2017 hingga 8 Mac 2018 di CIMB di sekitar Melaka Tengah.

PEMBANTU tadbir Universiti Teknikal Malaysia Melaka (Utem), Norazhar Mohamed diiringi anggota polis
PEMBANTU tadbir Universiti Teknikal Malaysia Melaka (Utem), Norazhar Mohamed diiringi anggota polis selepas didakwa menawarkan bekalan barangan serta perkhidmatan tidak wujud di 
Mahkamah Majistret Alor Gajah, Melaka hari ini.  – UTUSAN ONLINE

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan dengan sebat dan boleh dikenakan denda.

Terdahulu, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya S. Arthana mencadangkan jaminan sebanyak RM15, 000 bagi kesemua pertuduhan.

Tertuduh tidak diwakili peguam bagaimanapun merayu jaminan rendah diberikan dengan alasan mempunyai tanggungan keluarga termasuk anak yang masih bersekolah.

Selepas mendengar rayuan kedua-dua pihak, mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM8,000 bagi kesemua pertuduhan dan menetapkan tarikh 8 Ogos depan untuk sebutan semula kes. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini