Rondon yakin keupayaan Venezuela - Utusan Malaysia

Rondon yakin keupayaan Venezuela

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RIO DE JANEIRO – Menjelang aksi suku akhir Copa Amerika, pemain Venezuela, Salomon Rondon akui bintang Argentina, Lionel Messi perlu dirantai sebaiknya dalam pertemuan kedua-dua pasukan, awal pagi esok.

Sebelum ini Venezuela sudah dua kali mengikat Argentina dalam kelayakan Piala Dunia 2018 serta meraih tiga mata dalam kelayakan edisi sebelumnya termasuk kemenangan 3-1 dalam perlawanan persahabatan, Mac lalu.

Kata Rondon kejayaan tersebut telah menjadi inspirasi kemaraan Venezuela.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Dia (Messi) bukan sahaja merupakan tonggak penting Argentina malah bola sepak dunia.

“Kami tahu bagaimana untuk menyekat pemain berkenaan dan ia telah dibuktikan ketika layak ke Piala Dunia 2014.

“Kami sedar pasukan harus memanfaatkan sebaiknya segala kualiti yang dimiliki andai mahu meraih keputusan positif,” kata Rondon. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini