Remaja dipukul terima rawatan pesakit luar - Utusan Malaysia

Remaja dipukul terima rawatan pesakit luar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU – Seorang remaja lelaki berusia 15 tahun yang bengkak di kepala, mata, dan sakit dada serta muntah darah akibat dipukul dua remaja lain di taman permainan di Taman Setia Indah di sini semalam, hanya menerima rawatan pesakit luar.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Shahurinain Jais berkata, mangsa sudah pun pulang ke rumah selepas menerima rawatan di Hospital Sultan Ismail (HSI).

“Setakat ini hanya dua remaja sahaja yang terlibat dalam kes itu dan masih ditahan pihak polis untuk siasatan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Seorang saksi kejadian telah dirakam percakapan dan kita akan panggil saksi-saksi lain untuk dirakam percakapan mereka,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Semalam, polis menahan dua remaja lelaki berusia 16 tahun bagi membantu siasatan kes pukul seorang remaja ekoran video tular memaparkan kejadian itu yang berlaku di Taman Setia Indah di sini semalam.

Menurut Shahurinain, kedua-dua remaja lelaki itu ditahan di sebuah rumah di Jalan Jaya Putra 8/4, Taman Daya di sini, susulan laporan yang dibuat mangsa.

“Sebelum kejadian, mangsa berada di sebuah bengkel di Jalan Setia 7, Taman Setia Indah, telah terima panggilan daripada kawannya meminta mangsa datang ke kawasan Taman Permainan di Taman Setia Indah.

“Setelah sampai di lokasi pada pukul 3.30 petang berlaku pertengkaran mulut antara pengadu dengan kawan-kawannya sebelum mangsa dipukul dua suspek terbabit,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini