LONDON – Manchester City dan Manchester United berebut untuk mendapatkan pemain tengah Hoffenheim, Ilay Elmkies, lapor media tempatan, The Sun.
Seteru Liga Perdana Inggeris (EPL) itu sebelum ini berebut bagi mendapatkan pertahanan Leicester dan England, Harry Maguire pada musim panas ini.
Pemain kebangsaan Israel Bawah 19 itu menunjukkan persembahan memukau ketika menentang Manchester City dalam Liga Remaja Kesatuan Bola Sepak Eropah (EUFA), musim lalu.
Bos City, Pep Guardiola mahu pemain muda itu berpindah ke Stadium Etihad memandangkan dia ingin membangunkan skuad The Citizens.
United pula sibuk untuk mendapatkan pemain muda terbaik di Eropah dengan membawa masuk pemain remaja Monaco, Hannibal Mejbri dan bintang Ajax, Dillon Hoogewerf yang dijangka berpindah ke Old Trafford. – AGENSI










