KUALA LUMPUR 27 Jun – Loji Rawatan Air Sungai Semenyih kini kembali beroperasi sepenuhnya hari ini sejak pukul 6 pagi tadi.
Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) dalam satu kenyataan memaklumkan, loji berkenaan kembali beroperasi selepas mengalami masalah henti tugas semalam.
Walau bagaimanapun, kawasan-kawasan terjejas akibat masalah tersebut dijangka pulih sepenuhnya menjelang petang esok dan awal pagi 29 Jun 2019.
Menurut kenyataan itu, berdasarkan pemantauan dan bacaan tekanan di sistem agihan, peratusan berdasarkan jumlah pelanggan berdaftar mencapai 89 peratus pemulihan.
“Segala usaha diambil bagi mempercepatkan proses pemulihan dan pihak kami masih terus menggerakkan bantuan lori-lori tangki air disamping pengaktifan Pusat Khidmat Setempat seperti yang dimaklumkan sebelum ini yang akan terus beroperasi sehingga bekalan pulih sepenuhnya.
“Pelanggan juga boleh merujuk laman sesawang www.syabas.com.my, aplikasi telefon bimbit Air Selangor, Facebook dan Twitter Air Selangor untuk maklumat dan status terkini yang akan dikemaskini dari semasa ke semasa dan menghubungi kami di talian 15300 atau Whatsapp ke 019-281 6793 / 019-280 0919,” katanya. – UTUSAN ONLINE
Berikut adalah kawasan terlibat:
1. Sepang (Sasaran pemulihan keseluruhan kawasan pada 8 malam 28 Jun 2019)
– Precint 14 Putrajaya
– Precint 15 Putrajaya
– Precint 16 Putrajaya
2. Kuala Langat (Sasaran pemulihan keseluruhan kawasan pada 6 petang 28 Jun 2019)
– Sungai Kelambu
– Telok Mengkuang
– Taman Dato Hormat
3. Hulu Langat (Sasaran pemulihan keseluruhan kawasan pada 6 petang 28 Jun 2019)
– Apartment Kristal Villa
– Apartment Kelisa Ria Sungai Tangkas
– Apartment Villa Tropika Sungai
Tangkas
– Bangi Golf
– Green Villa Apartment Sungai
Tangkas
– Heritage The Mines
– Hijauan Heights Sungai Tangkas
– Jln Dagang Sg Besi Indah
– Kilang Berhampiran Minlon
– Perindustrian Bangi Seksyen 13
– Perindustrian Selaman
– Seksyen 1 hingga Seksyen 10 Bandar Baru Bangi
– Seksyen 14 hingga Seksyen 16 Bandar Baru Bangi
– Seksyen 4 & 5 Tambahan Bandar Baru Bangi
– Semenyih Parkland
– Semenyih Technology Park
– Taman Bukit Semenyih
– Taman Bunga Raya
– Tmn Desa Serdang
– Tmn Gita Bayu
– Tmn Melur Semenyih
– Taman Tropika 1 & 2 Sungai Tangkas
– Tmn Semenyih Mewah Fasa 2
4. Petaling (Sasaran pemulihan keseluruhan kawasan pada 6 pagi 29 Jun 2019)
– Apartment Bayu
– Apartment Megaria
– Bandar Puchong Utama
– Bandar Puteri Puchong
– Bukit Serdang
– Desa Desaminium
– Hospital Serdang
– Institut Pertanian Serdang
– Lestari Perdana
– Perindustrian Bkt Puchong
– Perindustrian Bkt Serdang
– Serdang Jaya
– Serdang Lama
– Serdang Perdana
– Serdang Raya
– Seri Kembangan
– Taman Jinma
– Taman Kembangsari
– Taman Kota Perdana
– Taman Lestari Putra
– Taman Muhibbah
– Taman Mutiara Puchong
– Taman Perindutrian Putra Permai
– Taman Puncak Jalil
– Taman Sri Serdang
– UPM
– UPM Infoport
– USJ 1-15
– USJ 16-27
– Veterinar UPM
– Wisma Hua Zhong, BHP & Petronas – Lebuhraya Besraya
– Wisma Standard Chartered Technology Park











