Pengawal keselamatan maut kemalangan - Utusan Malaysia

Pengawal keselamatan maut kemalangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Seorang pengawal keselamatan maut selepas terlibat dalam kemalangan di Lebuh Raya Kuala Lumpur menuju ke arah Seremban berhampiran bulatan kuda Sungai Besi di sini hari ini.

Pengawal keselamatan ditemukan terbaring selepas terlibat dalam kemalangan di Lebuh Raya Kuala Lumpur menuju ke arah Seremban berhampiran bulatan kuda Sungai Besi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1 tengah hari itu, mangsa Mohd. Fazlizal Ibrahim, 39, maut di lokasi kejadian.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, hasl siasatan awal mendapati, mangsa menunggang bersendirian dari arah Pusat Bandar menuju ke Nilai melalui laluan terbabit sebelum motosikalnya hilang kawalan selepas cuba mengelak sebuah kenderaan lain.

Ujarnya, susulan kejadian itu menyebabkan mangsa mengalami kecederaan di muka dan terjatuh di tepi jalan.

“Siasatan lanjut di lokasi turut menemukan sepucuk pistol jenis Walther P 99.


“Siasatan lanjut masih berjalan dan kes diklasifikasikan dibawah Seksyen 41 (1) (A) Akta Pengakutan Jalan 1987,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini