Naraajie juara Kejohanan Amatur Saujana - Utusan Malaysia

Naraajie juara Kejohanan Amatur Saujana

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Pemain Indonesia, Naraajie E Ramadhan Putra muncul juara Kejohanan Golf Amatur Saujana dengan kelebihan lima pukulan mengatasi tiga pecabar terdekatnya.

Dalam aksi yang berlangsung di Saujana Golf And Country Club itu, Naraajie melakukan catatan 75 pukulan, tiga di atas par untuk mengumpul 211 pukulan secara keseluruhan mengatasi Dylan Gardner, Taichi Kho dan wakil negara, Muhamad Afif Mohd. Fathi yang berkongsi kedudukan kedua dengan mengumpul 216 pukulan.

Juara Kejohanan Golf Amatur Terbuka Malaysia dari Australia, Lawry Flynn berkongsi kedudukan kelima bersama Low Wee Jin selepas masing-masing merekodkan catatan 217 pukulan secara keseluruhan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Naraajie jelas gembira dengan kejayaan itu kerana ia merupakan kali pertama dia menjuarai kejohanan di peringkat antarabangsa.

“Saingan hari ini memang paling sukar kerana saya beraksi di bawah tekanan. Saya mendahului dengan jumlah pukulan yang besar dan saya sangat berhati-hati.

“Bagi saya, lubang keenam adalah paling sukar kerana kedudukan pin di belakang green dan kelajuan green juga menyukarkan saya untuk melakukan putt di lubang itu.

“Saya harap kejayaan ini akan dapat diteruskan dalam kejohanan akan datang,” katanya.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini