JAS kenakan 37 kompaun terhadap 38 premis - Utusan Malaysia

JAS kenakan 37 kompaun terhadap 38 premis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR GUDANG – Jabatan Alam Sekitar (JAS) negeri sudah mengeluarkan 37 kompaun termasuk tiga notis arahan dan tiga perintah tahan operasi terhadap 38 premis industri yang didapati melanggar kesalahan dibawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan Kebudayaan dan Warisan negeri, Mohd. Khuzzan Abu Bakar berkata, tindakan itu merupakan langkah penguatkuasaan bagi memastikan semua kilang mematuhi peraturan ditetapkan.

“Sebanyak 27 kompaun dikeluarkan dibawah kesalahan buangan berjadual manakala 10 yang lain dikeluarkan dibawah kesalahan enfluen perindustian.

Memuatkan artikel berkaitan…

“JAS turut mengeluarkan tiga bilangan notis arahan dan tiga arahan perintah tahan operasi,” katanya dalam sidang akhbar di Pusat Kawalan Operasi di Menara Aqabah di sini sebentar tadi.

Tambah beliau, setakat pukul 12 tengah hari tadi, tiada pesakit baharu direkodkan manakala hanya seramai empat pesakit masih mendapat rawatan di Hospital Sultan Ismail. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini