Bekalan air di Klang belum pulih sepenuhnya - Utusan Malaysia

Bekalan air di Klang belum pulih sepenuhnya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Beberapa kawasan di Klang masih mengalami gangguan bekalan air akibat insiden paip utama bocor di Seksyen 15, Shah Alam.

Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) dalam satu kenyataan memaklumkan, kawasan yang masih mengalami gangguan ialah Taman Sentosa dan Taman Sri Andalas.

Bagaimanapun, sehingga pukul 6 petang tadi, beberapa kawasan lain terjejas akibat insiden berkenaan sudahpun menerima bekalan air.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pengguna dinasihatkan untuk melayari laman web www.syabas.com.my, Facebook Air Selangor, Twitter @air_selangor, aplikasi telefon bimbit Air Selangor, hubungi talian 15300 atau Whatsapp ke 019-2816793 / 019-2800919 untuk sebarang bantuan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini