Nenek selamatkan empat cucu daripada kebakaran - Utusan Malaysia

Nenek selamatkan empat cucu daripada kebakaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BESUT – Tindakan pantas seorang nenek menyelamatkan empat cucunya termasuk seorang bayi berusia enam bulan dalam kebakaran yang memusnahkan rumah didiami mereka di Kampung Amer di sini hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 2.15 petang itu, Siti Minah Bakar, 58, berjaya membawa keempat-empat cucunya yang berusia dalam lingkungan enam bulan hingga lapan tahun menyelamatkan diri daripada kediaman mereka yang sedang marak terbakar.

Dia berkata, kebakaran disedarinya yang baru selesai menunaikan solat Zuhur selepas terdengar bunyi letupan dari bilik tidur anak perempuannya yang juga ibu kepada empat cucunya berkenaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya bergegas ke bilik tersebut dan melihat sudah ada kepulan api marak mula membakar bahagian berkenaan. Tanpa berfikir panjang saya segera mengejutkan dua cucu saya yang sedang tidur termasuk paling kecil berusia enam bulan dalam buaian di bilik saya.

“Saya segera memimpin tiga cucu dan mendukung yang paling bongsu untuk keluar dari rumah kami dalam keadaan sehelai sepinggang,” katanya kepada Kosmo! Online di sini hari ini.

Siti Minah berkata, kebakaran berlaku dengan begitu pantas dan tidak ada apa termasuk dokumen penting yang mampu diselamatkan namun begitu dia bersyukur mereka semua terselamat. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini