Kerajaan kaji harga lantai lebih tinggi - Utusan Malaysia

Kerajaan kaji harga lantai lebih tinggi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIPIS – Kerajaan sedang meneliti penetapan harga lantai yang lebih tinggi dalam usaha membantu pekebun kecil getah berhadapan dengan harga komoditi yang tidak stabil.

Timbalan Menteri Industri Utama, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd. Akin berkata, bagaimanapun ia bergantung kepada kemampuan dan prestasi kewangan kerajaan.

“Buat masa ini kita sedang meneliti semua cadangan kerana saya hendak maklumkan di sini bukan sahaja getah kita juga berhadapan dengan cabaran komoditi lain seperti kelapa sawit.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Jadi perlu ada satu kaedah jaringan keselamatan sosial yang menyeluruh, buat masa ini kita hanya mampu memberi komitmen RM2.50, itu adalah yang terbaik pada masa ini,”katanya dalam sidang akhbar pada majlis ramah mesra bersama pekebun kecil getah di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Panglima Garang Abdul Samad di sini hari ini.

Yang hadir sama, Presiden Pertubuhan Usahawan Getah Bumiputera Malaysia, Kameruzaman Ab. Rahman. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini