RANTAU PANJANG – Kerjasama erat Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Kelantan dengan agensi penguatkuasa sempadan berjaya mengagalkan cubaan menyeludup haiwan dan tumbuhan berjumlah RM1.13 juta dalam tempph enam bulan tahun ini.
Pengarah Maqis negeri, Mohd. Azam Yahya berkata, kejayaan itu turut dipacu oleh hubungan kukuh antara Maqis Kelantan dengan agensi penguatkuasaan Thailand dalam mengekang aktiviti penyeludupan.
“Sepanjang tempoh itu, lembu menjadi penyumbang hasil tangkapan tertinggi diikuti tumbuhan dan lain-lain.
“Jangkaan kami aktiviti penyeludupan lembu akan bertambah menjelang sambutan Hari Raya Aidiladha tidak lama lagi,” katanya kepada pemberita pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri MAQIS Wilayah Timur di Rantau Panjang hari ini.
Mohd. Azam memberitahu, semalam pihaknya bersama Pasukan Gerakan Am (AM) Batalion 7 Kuantan pelbagai jenis ikan hiasan yang dianggarkan berjumlah RM93,100.
Katanya, kesemua spesis ikan itu dibawa masuk dari negara jiran menggunakan pangkalan haram Lubok Gong.
“Antara spesis yang berjaya dirampas ialah ikan laga, Flower Horn dan Nemo. Menjadi satu kesalahan mengimport ikan hiasan tanpa permit yang sah dari Maqis di bawah Seksyen 11 (1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Permeriksaan Malaysia 2011,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE.











