Dua lelaki ditahan edar heroin, methamphetamine - Utusan Malaysia

Dua lelaki ditahan edar heroin, methamphetamine

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TELUK INTAN – Dua lelaki ditahan dalam serbuan semalam kerana disyaki memiliki serta mengedar dadah jenis heroin dan methampetamine melibatkan sejumlah 153 gram dengan nilai rampasan bernilai RM7,745.

Kedua-dua suspek berusia 45 dan 49 tahun itu ditahan di belakang sebuah rumah tidak bernombor di Langkap, masing-masing pada pukul 5 petang dan 5.30 petang.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Mohd Marzukhi Mohd Mokhtar berkata, hasil saringan ujian air kencing mendapati mereka positif dadah jenis morphine.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau berkata, sewaktu serbuan, tangkapan pertama memiliki 10 paket plastik lutsinar disyaki dadah jenis heroin selain satu paket methampethamine di poketnya.

Sementara itu katanya, tangkapan kedua memiliki sembilan paket plastik lutsinar disyaki dadah jenis heroin seberat 25.64 gram dan satu paket berisi 0.67 gram methamphetamine.

“Hasil siasatan mendapati tangkapan pertama dan kedua masing-masing memiliki dua dan tiga rekod jenayah lampau berkaitan dadah.

“Turut disita dalam serbuan melibatkan tangkapan kedua ialah sebuah motosikal jenis Yamaha Lagenda 115ZR yang dianggarkan berharga RM2,000,” katanya di sini hari ini.

Dalam pada itu, Mohd Marzukhi berkata, pihaknys percaya dadah yang dirampas itu adalah untuk dipasarkan sekitar Daerah Hilir Perak dan Bagan Datuk.

Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini