Jalankan tugas dengan ikhlas, bukan kepentingan peribadi, politik - Sultan Johor - Utusan Malaysia

Jalankan tugas dengan ikhlas, bukan kepentingan peribadi, politik – Sultan Johor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU – Sultan Ibrahim Sultan Iskandar akan sentiasa memerhati dan memberi teguran bagi memastikan kerajaan negeri menjalankan tanggungjawab dengan baik, lancar dan teratur.

Sultan Johor bertitah, beberapa penting sudah berlaku sejak kerajaan negeri Pakatan Harapan (PH) mentadbir negeri ini setahun lalu.

Titah Baginda, perkembangan itu menjadi proses pemimpin-pemimpin kerajaan mencari keserasian antara mereka dan memahami selok-belok pentadiran kerajaan negeri.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Setiap pemimpin yang dilantik mempunyai tanggungjawab yang besar dalam memikul amanah rakyat dan negeri ini.

“Oleh itu jalankan tugas yang diberikan dengan jujur dan ikhlas serta sentiasa mendahulukan kepentingan rakyat dan negeri, berbanding kepentingan peribadi atau parti politik,” titah Baginda.

Sultan Ibrahim bertitah demikian dalam pembukaan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor ke-14 di Bangunan Sultan Ibrahim, Bukit Timbalan di sini hari ini.

Yang turut hadir Menteri Besar, Datuk Dr. Sahruddin Jamal.

Baginda menyeru kepada semua pemimpin kerajaan supaya memahami sejarah negeri Johor dan mendalami ilmu pengetahuan dalam bidang pentadbiran kerajaan supaya dapat membuat keputusan dengan tepat dan konsisten selaras dengan asas Perlembaah Negeri Johor. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini