MAB, SIA tingkat kerjasama - Utusan Malaysia

MAB, SIA tingkat kerjasama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 27 Jun – Malaysia Airlines Bhd. (MAB) dan Singapura Airlines (SIA) dan Malaysia Airlines Berhad (MAB) menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) bagi meningkatkan kejasama dengan memanfaatkan perjanjian perkongsian kod sedia ada yang meliputi penerbangan antara Singapura dan Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif MAB, Izham Ismail berkata, pengukuhan itu mungkin meliputi peluasan perkongsian kod penerbangan merentasi laluan Singapura-Malaysia, serta penambahbaikan kekerapan penerbangan.

Katanya, potensi kerjasama lain mungkin meliputi perkhidmatan penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO), tertakluk kepada kelulusan kawal selia yang diperlukan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Perjanjian rasmi yang dijangka dimuktamadkan dalam beberapa bulan akan datang, turut meliputi anak syarikat SIA, SilkAir dan Scoot, serta Firefly, syarikat penerbangan sekutu MAB.

“Melalui perkongsian ini, kami berharap dapat menambah nilai kepada pelanggan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sementara itu Ketua Pegawai Eksekutif SIA, Goh Choon Phong berkata, SIA dan MAB beroperasi di rantau yang pesat berkembang dalam pasaran perjalanan udara, sekali gus menawarkan peluang luas untuk kedua-dua syarikat penerbangan itu.

“Kedua-dua syarikat penerbangan mempunyai operasi luas di ASEAN selain rangkaian luas yang meliputi banyak destinasi di seluruh dunia,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini