Satu tan abu al-Quran dilupuskan - Utusan Malaysia

Satu tan abu al-Quran dilupuskan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR PUTEH – Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (Jaheai) melupuskan satu tan metrik abu al-Quran di perairan negeri ini berhampiran Tok Bali, dekat sini, hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Penerangan , Dakwah dan Hubungan Seranta negeri, Datuk Mohd. Nassuruddin Daud berkata, ini adalah sebahagian daripada jumlah lima tan metrik abu al- Quran lama dan rosak yang dikumpulkan sejak awal Januari tahun ini.

Beliau berkata, abu itu dilupuskan secara berperingkat mengikut jadual yang ditetapkan dan hanya satu tan metrik abu yang siap diikiubkan dilupuskan hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Tanggungjawab melupuskan abu al-Quran ini dilakukan mengikut kaedah ditetapkan okeh syarak sebagaimana yang diputuskan dalam Mesyuarat Jemaah Ulama, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) yang membincangkan isu Fatwa Mengenai Garis Panduan Pembakaran Buku-buku Agama Yang Terdapat Ayat-ayat Al Quran dan Hadis, “katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Program Pelupusan Abu al-Quran kira-kira 11 kilometer dari Kuala Tok Bali, dekat sini, hari ini.

Program pelupusan abu itu dilaksanakan dengan kerjasama Majlis Agama Islam Kelantan (Maik), Jabatan Hal Ehwak Agama Islam Negeri Terengganu, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dan Jabatan Taman Laut, Besut, Terengganu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini