Zikir melembutkan hati - Utusan Malaysia

Zikir melembutkan hati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEBANYAKAN majlis Rasulullah bersama para sahabat adalah majlis mengingati Allah dan nasihat berbentuk galakan serta ancaman, sama ada bacaan al-Quran serta nasihat yang diturunkan oleh Allah kepada baginda.

Rasulullah SAW mengajarkan perkara yang bermanfaat dalam agama, seperti yang diperintahkan oleh Allah dalam kitab-Nya supaya memberi teguran, nasihat, menceritakan kisah, dan menyeru ke jalan Tuhannya dengan menggunakan cara yang berhikmah.

Sebagaimana firman Allah SWT maksudnya: “… dan sebagai pemberi khabar gembira dan peringatan serta pendakwah kepada Allah.” (al-Ahzab: 45-46)

Memuatkan artikel berkaitan…

Perkhabaran gembira dan ancaman merupakan peringatan kepada manusia. Oleh itu, majlis seperti ini akan melahirkan kelembutan hati, sikap zuhud terhadap dunia dan keinginan terhadap akhirat.

Dengan berzikir mengingati Allah juga mampu menimbulkan kekhusyukkan pada hati.

Daripada Al-Irbadh bin Sariah berkata; “Rasulullah menasihati kami dengan nasihat yang menyentuh hati sehingga membuatkan hati-hati berasa takut dan mata-mata menitiskan airnya.”

Ibnu Masud berkata; “Seorang lelaki telah mengadu kepada al-Hasan berkenaan kekerasan hatinya, beliau lalu berkata, “Dekatkanlah ia dengan zikir.” Kata beliau lagi; “Majlis-majlis zikir adalah tempat hidupnya ilmu, dan membuahkan perasaan khusyuk dalam hati. Hati-hati yang mati akan hidup dengan zikir, sepertimana bumi yang gersang hidup dengan hujan.” – UTUSAN ONLINE

* Sumber buku: Ensiklopedia Amalan Setahun (Telaga Biru Sdn. Bhd.)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini