Khalid Samad sah nikah kali kedua - Utusan Malaysia

Khalid Samad sah nikah kali kedua

KHALID Samad bersama wanita dikenali Wani yang viral di media sosial.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad selamat melangsungkan pernikahan dengan isteri keduanya yang dikenali sebagai Wani di Kubang Kerian, Kelantan malam kelmain.

Difahamkan Kalid berkenalan dengan wanita berusia 40 tahun itu sejak tahun lalu sebelum memutuskan untuk berkahwin.

Bekas Menteri Wilayah Persekutuan itu bertolak ke Kota Bharu dengan menaiki pesawat dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang petang Rabu selepas menghadiri mesyuarat Pakatan Harapan (PH) di Kuala Lumpur pada pukul 1 petang.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kawan-kawan Khalid menunggu di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra untuk mengiringi beliau sebelum melangsungkan pernikahan di sebuah masjid di Kubang Kerian.

“Beliau melangsungkan pernikahan antara pukul 9 hingga 10 malam. Namun, tiada anak-anak atau adik beradik menemani ke majlis pernikahannya bersama seorang janda anak satu,” kata satu sumber.

Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah) itu sepatutnya bernikah selepas solat Asar, namun terpaksa ditukar pada waktu malam selepas penerbangannya pada pukul 4 petang ditunda dan beliau dimaklumkan tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kota Bharu pada pukul 7.15 malam.

Berita mengenai Khalid mencuri tumpuan selepas Mahkamah Tinggi Syariah di sini pada 19 Januari lalu membenarkan beliau berpoligami selepas bersetuju menunaikan hak-hak isterinya, Dr. Zaitun Abu Bakar.

Keputusan itu dibuat Hakim Abdul Halim Abdullah yang membenarkan permohonan pembelaan daripada Zaitun untuk membuat penyelesaian secara baik dengan suaminya.

Lantaran itu, pada 31 Januari lalu, Khalid mendapat kebenaran bernikah daripada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK), namun hasrat beliau untuk bernikah pada keesokan hari tidak tertunai apabila jurunikah dikatakan tidak kelapangan pada tarikh tersebut.

Bagaimanapun, selepas itu gambarnya bersama bakal isteri kedua tular dalam media sosial yang memaparkan beliau mengenakan baju Melayu lengkap bersampin sedondon berwarna putih dengan seorang wanita duduk di sebelahnya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN