TEGUCIGALPA: Presiden Honduras, Xiomara Castro mengesahkan beliau dijangkiti Covid-19 dan hanya mengalami gejala ringan.
Beliau bagaimanapun memaklumkan akan menjalani kuarantin dan bekerja dari rumah.
“Keputusan PCR semalam menunjukkan negatif namun hari ini ia positif,” kata pemimpin berusia 62 tahun yang menggantikan Juan Orlando Hernandez, menerusi ciapan di Twitter.
Memuatkan artikel berkaitan…
Menurut suaminya, Manuel Zelaya, Castro sudah lengkap menerima suntikan vaksin Covid-19. – AFP











