Mangsa bah hingga 30,000 punca bantuan lewat - Utusan Malaysia

Mangsa bah hingga 30,000 punca bantuan lewat

V. Ganabatirau
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Jumlah mangsa banjir yang mencecah sehingga 30,000 orang menjadi satu daripada faktor kelewatan pemberian dan pengagihan bantuan di Selangor.

Exco Kebajikan Masyarakat, Pekerja dan Kerajaan Prihatin, V. Ganabatirau memaklumkan, kelewatan Bantuan Selangor Bangkit (BSB) itu disedari pihaknya berikutan proses kelulusan turut mengambil masa.

“Difahamkan di Taman Sri Muda sendiri kira-kira 2,000 mangsa yang telah menerima BSB, namun, masih ramai yang belum menerima bantuan ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya dimaklumkan bahawa kerajaan negeri mendapat puluhan ribu permohonan daripada mangsa banjir, jadi proses nak luluskan permohonan ini ambil masa sedikit,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Terdahulu, akhbar ini melaporkan masih terdapat ramai mangsa banjir di Hulu Langat dan Shah Alam yang belum mendapat bantuan daripada Kerajaan Persekutuan dan Selangor, seperti yang diumumkan dua kerajaan itu.

Difahamkan, ramai telah menghantar borang bantuan kepada pejabat daerah kawasan masing-masing, namun tidak mendapat maklum balas daripada pegawai pejabat itu ataupun agensi lain.

Tambah Ganabatirau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Kemuning, status mangsa termasuk mereka kehilangan rumah akibat banjir bada Disember lalu yang belum menerima bantuan khususnya daripada kerajaan negeri akan dibangkitkan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN).

Katanya, perkara berkenaan dimaklumkan kepada Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Haris Kasim untuk mengambil tindakan segera.

“Mereka berkata, kerajaan negeri sedang cuba menyelesaikan masalah ini dengan segera kerana memahami ada di antara sangat memerlukan wang bantuan ini.

“Jadi, saya harap, mangsa yang belum terima BSB untuk bersabar dan memberi sedikit masa kepada kerajaan Selangor untuk selesaikan masalah ini,” jelasnya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×