Speaker ada kuasa benarkan prosiding terbuka – PAC - Utusan Malaysia

Speaker ada kuasa benarkan prosiding terbuka – PAC

AZHAR AZIZAN HARUN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) menyifatkan tindakan Tan Sri Azhar Azizan Harun yang mahu melakukan prosiding secara tertutup berhubung isu pemilikan saham oleh Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki sebagai tidak masuk akal.

Wong Kah Woh berkata, Speaker Dewan Negara itu mempunyai hak untuk memulakan penggantungan Peraturan Mesyuarat Parlimen merujuk Peraturan Mesyuarat 90 (2) bagi membolehkan prosiding jawatankuasa Parlimen disiarkan secara dalam talian atau dibuka kepada awam.

Menurut ahli Parlimen Ipoh Timur daripada DAP itu, prosiding secara tertutup tidak menjamin kejujuran saksi memberi maklumat secara automatik manakala prosiding terbuka pula tidak bermakna saksi boleh mengelak daripada bercakap benar.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Tidak ada bezanya dalam isu kandungan keterangan, sama ada prosiding tertutup atau terbuka kerana semua nota prosiding direkodkan dalam hansard dan diterbitkan bersama laporan jawatankuasa itu.

“Semua saksi terikat dengan tanggungjawab untuk memberi kerjasama penuh kepada jawatankuasa dan akan menjawab semua soalan dikemukakan semasa prosiding.

“Sesiapa yang memberi jawapan palsu bukan sahaja melakukan penghinaan terhadap Dewan tetapi juga melakukan kesalahan di bawah Seksyen 193 Kanun Keseksaan seperti diperuntukkan dalam Seksyen 20 Akta Dewan Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) 1952,” katanya dalam kenyataan semalam.

Semalam, Azhar dilaporkan berkata, mesyuarat jawatankuasa pilihan khas Parlimen yang dijadualkan pada Rabu ini untuk membincangkan pegangan saham Azam tidak akan dibuka kepada orang ramai berikutan Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.

Katanya, ia bertujuan memelihara integriti prosiding serta memastikan kerjasama lengkap daripada semua yang terlibat.

Bagaimaapun, mesyuarat khas yang sepatutnya diadakan pada 19 Januari ini bagi membincangkan isu Azam dibatalkan.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×