Semak daftar automatik, SPR perlu lebih efektif - Utusan Malaysia

Semak daftar automatik, SPR perlu lebih efektif

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyampaian maklumat untuk melakukan semakan pendaftaran sebagai pengundi perlu lebih efektif supaya mesej tersebut jelas dan sampai kepada mereka.

Menyifatkan mekanisme digunakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai lemah, Pe­ngarah Advokasi dan Pengasas Bersama Undi-18, Tharma Pillai memberitahu Utusan Malaysia, masih ramai yang tidak tahu mengenai proses semakan yang mahu dilakukan, sekali gus pihak berkenaan menyifatkan golongan muda tidak peduli dengan pendaftaran automatik.

“Penyampaian maklumat perlu lebih efektif sebab ramai tahu tentang isu daftar secara automatik, tetapi tidak tahu cara menyemak. Maka pihak yang terlibat perlu menyemak cara penyampaian itu sampai atau tidak?

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ramai yang beranggapan, ‘kita tunggu sahaja pilihan raya, tidak perlu buat apa-apa’, jadi pada saya penyebaran maklumat tentang semakan pendaftaran ini perlu dibuat dengan lebih teratur,” katanya ketika dihubungi semalam.

Semalam, Utusan Malaysia melaporkan kurang 300,000 daripada 5.7 juta pengundi baharu yang bakal terlibat dalam pendaftaran automatik tampil membuat semakan maklumat mengenai perkara itu.

Perkara itu dikenal pasti SPR semasa pihaknya melaksanakan Semakan Pra Pendaftaran Automatik (SPPA) bagi tujuan semakan maklumat dan alamat, yang berlangsung dalam tempoh sebulan.
Situasi itu sekali gus me­nunjukkan ramai yang tidak berminat atau mengambil mudah mengenai perkara ini.

Sementara itu, Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Jufitiri Joha berkata, kempen secara berterusan perlu bagi mening­katkan kesedaran golongan muda untuk mengundi.

“Perkara ini sudah dijangka dan memerlukan kempen berterusan bagi menyedarkan anak muda tentang kepenti­ngan mengundi memilih pe­mimpin negara. Dengan Undi18 ini memberikan hak kepada belia yang sudah didatarkan agar menjalankan amanah mengundi.

“Parti politik, kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO) kena fikir kaedah menarik minat anak muda mengundi selepas ini sebagai contoh tampilkan lebih ramai calon muda dalam Pilihan Raya Umum (PRU),” katanya.

Sebagai inisiatif, jelas beliau lagi, Majlis Belia Malaysia (MBM) kini sedang menjalankan Kempen Not Too Young To Run (Kempen dari United Nations) untuk menggalakkan lebih ramai anak muda bertanding dan memimpin negara.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×