92% setuju peraturan khusus untuk vape - Utusan Malaysia

92% setuju peraturan khusus untuk vape

RIZANI ZAKARIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebanyak 92 peratus daripada 1,000 responden dalam tinjauan Tax and Regulate MY Vape: Your Say bersetuju bahawa satu peraturan khusus untuk produk rokok elektronik (vape) perlu dibangunkan dengan bentuk kawalan berbeza berbanding rokok tembakau.

Tinjauan yang dijalankan Malaysian Vape Industry Advocacy (MVIA) itu berkata, majoriti rakyat Malaysia mahukan peraturan seperti yang telah dijalankan di negara-negara seperti United Kingdom (UK) dan New Zealand.

Malah, tinjauan tersebut turut mendapati, 92 peratus responden bersetuju kerajaan harus memastikan pasaran gelap produk vape berada pada tahap minimum.

Presiden MVIA, Rizani Zakaria berkata, industri vape dilihat sebagai antara inovasi yang memberi kesan kepada sektor tembakau keraja berjuta perokok di seluruh dunia beralih kepada produk vape memandangkan ia terbukti sebagai alternatif yang kurang mudarat dan berkesan membantu perokok berhenti merokok.

“Di Malaysia, industri tempatan bernilai lebih RM2 bilion dengan lebih 3,000 perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta melibatkan kira-kira 15,000 pekerja.

“Sektor vape memerlukan undang-undang khusus yang berbeza daripada rokok tradisional,” katanya dalam kenyataan semalam.

Menurut Rizani, peraturan yang berbeza dengan rokok tradisional membolehkan sektor vape memenuhi potensi pertumbuhannya dan membantu lebih ramai perokok berhenti merokok.

“MVIA percaya bahawa kerajaan Malaysia mempunyai peranan penting dalam membentuk masa hadapan industri vape tempatan,” katanya.

Selain itu, tinjauan tersebut turut mendapati 75 peratus responden mahu kerajaan terlibat secara aktif dalam mengawal selia industri vape.

Jelas MVIA, 85 peratus responden berkata, vape harus dipromosikan untuk meningkatkan kesedaran terhadap keberkesanannya sebagai alternatif yang kurang memudaratkan.

“Menariknya, 68 peratus mengatakan bahawa produk vape harus dijual dalam talian melalui platform e-dagang asalkan kanak-kanak di bawah umur tidak mempunyai akses kepada produk tersebut,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×