COT elak tanggung hutang bil elektrik penyewa - Utusan Malaysia

COT elak tanggung hutang bil elektrik penyewa

MEGAT JALALUDDIN MEGAT HASSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pemilik premis mempunyai pilihan untuk membuat pertukaran nama akaun (COT) ke atas nama penyewa dalam tempoh penyewaan, demikian menurut Tenaga Nasional Berhad (TNB).

TNB berkata, ia bagi memastikan pengurusan akaun yang lebih teratur selain menjaga kepentingan pemilik premis.

“Dengan penukaran nama pemilik akaun kepada penyewa, semua tanggungjawab penggunaan
dan pembayaran bil elektrik adalah di bawah tanggungjawab penyewa,” katanya dalam kenyataan.

Ketua Pegawai Retail TNB, Datuk Ir. Megat Jalaluddin Megat Hassan berkata, pertukaran nama itu boleh mengurangkan risiko pemilik premis terpaksa menanggung hutang bil elektrik penyewa.

Ia berikutan penemuan kesan-kesan pengusikan meter atau pepasangan TNB oleh penyewa pengusaha Bitcoin.

Beliau berkata, TNB pada masa yang sama sentiasa membuka ruang kepada pengguna untuk berjumpa bagi mendapatkan penerangan dan perbincangan lanjut berhubung perkara itu.

Katanya, TNB memberi kemudahan untuk membuat COT melalui portal myTNB di www.mytnb.com.my atau dengan
mengunjungi Kedai Tenaga berdekatan.

“Maklumat dan dokumen sokongan yang diperlukan bagi pertukaran nama juga boleh diperoleh di portal myTNB.

“Pemilik premis masih boleh memantau penggunaan dan pembayaran bulanan penyewa dari semasa ke semasa melalui portal dan aplikasi myTNB,” jelasnya.

Pengguna juga digalakkan untuk menghubungi TNB CareLine di talian 1 300 88 5454 bagi sebarang pertanyaan atau menempah janji temu untuk ke Kedai Tenaga di https://www.mytnb.com.my/tnbtemujanji. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×