Banjir: Buat persiapan kendiri - Utusan Malaysia

Banjir: Buat persiapan kendiri

PENDUDUK di kawasan yang mudah dinaiki air semasa musim tengkujuh disaran supaya membuat persiapan awal dalam berdepan ancaman banjir. - IHSAN BOMBA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Agensi Pe­ngurusan Bencana Kebangsaan (Nadma) memberi peringatan agar orang ramai sentiasa peka terhadap amaran yang dikeluarkan Pusat Ramalan dan Ama­ran Banjir Negara (PRABN) terutama ketika cuaca buruk yang diramal sehingga Februari ini.

Ketua Pengarahnya, Datuk Dr. Aminuddin Hassim berkata, persiapan kendiri paling penting biarpun sistem PRABN kini telah dinaik taraf.

Malah katanya, ahli keluarga dan jiran perlu bertindak sebagai responden pertama sekiranya berlaku kejadian banjir.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ketua Setiausaha Kementerian Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Ir. Dr. Zaini Ujang telah memaklumkan bahawa ramalan PRABN ditambah baik dari tujuh ke dua hari. Siren amaran aras air akan berbunyi sebaik sahaja cecah paras bahaya.

“Apabila terima amaran awal daripada agensi teknikal Jabatan Meteorologi dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), notis kesiapsiagaan dikeluarkan Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC) untuk tindakan siap siaga di peringkat daerah dan negeri serta semua agensi terlibat pengurusan bencana.

“Hebahan akan dibuat mela­lui pelbagai platform, namun persiapan kendiri sebenarnya paling penting,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.

Fenomena cuaca buruk termasuk hujan lebat yang melanda negara sejak Disember tahun lalu diramal berterusan sehingga Februari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×