Patut tukar duta! Penyanyi wanita semakin melangit - Utusan Malaysia

Patut tukar duta! Penyanyi wanita semakin melangit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Rasanya baru sahaja Poklip menulis tentang sikap penyanyi wanita ini yang didakwa semakin lama semakin melangit. Susah betul nak bagi kerjasama. bukan sahaja rakan media malah ada juga orang industri yang naik hantu.

Baru-baru ini, ada seorang rakan Poklip mengadu, penyanyi wanita ini bukan main susah hendak buat kerja. Sudah dilantik sebagai duta tapi sendu sahaja komitmennya. Payah betul nak hubungi dan berurusan.

Dakwa si polan itu, sikap acuh tak acuh penyanyi itu menyebabkan dia telah digugurkan sebagai salah seorang duta kepada produk telefon pintar. Sampai macam itu ya! Siapa yang rugi dik, kamu juga tau!

Poklip tak pasti kebenaran dakwaan tersebut, tetapi kalau benar maka sikap penyanyi itu sungguh tidak selari dengan imej baiknya. Kalau sudah berjanji yakni bersetuju untuk bekerjasama, maka tunaikan lah tuntutan kerja itu.

Maka terjawablah persoalan kenapa duta produk tersebut ditukar. Rupanya ada kisah di sebalik apa yang berlaku. Rugi sungguh kalau benar penyanyi itu buat perangai. Tak pasal-pasal, hilang satu jenama menaja awak.

Ramai lagi tau anak muda malah generasi penyanyi baharu yang memandang tinggi awak kerana kejayaan yang diraih. Jadi kalau boleh jangan dipersia semua harapan dan doa peminat untuk awak bertahan.

Ingat, industri seni kita ini kecil. Kadang kita di atas dan sampai masa nanti, kita pula di bawah. Hidup kan umpama roda, gitu!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×