Peraturan ruang bagi objek bergerak - Utusan Malaysia

Peraturan ruang bagi objek bergerak

Ruang kosong di sebelah kanan objek bergerak dengan ruang lebih aktif menunjukkan pergerakan bot untuk mara ke hadapan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEMUA orang memerlukan ruang, begitu juga subjek dalam gambar. Ini adalah peraturan dalam fotografi yang lebih dikenali sebagai peraturan ruang.

Peraturan ini menyatakan jika subjek tidak melihat terus ke kamera, atau melihat keluar dari bingkai, ruang yang cukup untuk subjek itu perlu dilihat. Teknik ini menimbulkan tipu daya dalam minda penonton.

Peraturan ruang dalam fotografi hanyalah tindakan menambah ruang visual di hadapan arah yang objek bergerak, melihat atau menunjuk untuk membayangkan gerakan dan arah serta memimpin mata penonton.

Peraturan ini memberitahu tempat untuk meletakkan ruang visual atau dalam erti kata lain, tempat untuk meletakkan subjek dalam imej.

Selain itu, kajian menunjukkan orang yang melihat imej jenis ini secara semula jadi akan menyaksikan ruang di mana subjek sedang melihat.

Subjek aksi motosikal dengan ruang hadapan yang kosong memberi kesan gerakan dan kepantasan ke suatu arah.

Jika anda mengambil gambar objek bergerak seperti kereta, motosikal, orang berlari dan seumpamanya, teori ini harus digunakan. Imej harus menunjukkan objek bergerak dengan ruang lebih aktif dan kurang ruang mati.

Ruang aktif adalah kawasan di mana objek menghadap manakala ruang mati pula adalah kawasan di belakang subjek.

Teknik ini membina impak, menunjukkan ungkapan objek itu sebenarnya bergerak dan mempunyai destinasi. Ini juga membolehkan penonton melihat secara naluri ke mana objek itu menuju.

Dengan itu, ia membina keterujaan dalam imej dan menetapkan moodnya.

Ini seterusnya mencipta aliran untuk mengheret perhatian penonton secara semulajadi ke arah subjek dan seterusnya membantu mencapai foto yang diinginkan.

Subjek yang sedang memanjat dan mempunyai banyak ruang kosong di bawah menunjukkan dari mana permulaan subjek ke sasaran di atas.

Walaupun teknik ini boleh membantu mencapai foto yang anda mahu, dalam masa sama ia juga boleh menjadi sangat menarik jika anda melanggar peraturan ini.

Ia boleh dilakukan terutamanya dalam objek bergerak yang mana ruang di belakang adalah apa yang memecahkan atau membuat imej. Melakukan taktik seperti ini akan memberi gambaran betapa pantas objek itu dan dari mana asalnya.

Menukar pembingkaian dan arah lihat ruang juga akan memberi makna berbeza.

Subjek yang bergerak dan mempunyai terlalu banyak ruang kosong di belakang, bermakna ia akan pergi dengan pantas.

Bagaimanapun, jika diletakkan ruang aktif di hadapannya, maka subjek itu akan pergi dengan matlamat atau sasaran di hadapan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×