Kucing BSH Golden berharga RM35,000 - Utusan Malaysia

Kucing BSH Golden berharga RM35,000

Kucing British Short Hair boleh mencecah RM35,000 seekor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BERBANDING spesiesnya yang lain, kucing dalam ‘keluarga’ British Short Hair (BSH) sebenarnya memiliki banyak jenis dengan hampir 30 warna dan corak yang berbeza.

Kebiasaan yang menjadi kesukaan kelompok para peminatnya adalah dalam kategori warna kelabu kebiruan, secocok dengan sifat semulajadi baka kucing bak bangsawan ini yang tenang dan setia.

Pun begitu, ramai bersetuju bahawa kucing baka popular ini harganya mahal dalam pasaran, jenis Golden Munchkin BSH sebenarnya adalah lebih mahal daripada itu.

Hal ini diakui oleh seorang pemilik kucing, Arman Yusof, 31, yang berkata, kucing BSH berwarna keemasan kini menjadi dambaan ramai peminat kerana keunikan yang dimiliki selain berkarektor comel.

Merasa bertuah kerana mempunyai kucing kacukan Golden BSH, Genetta, Munchkin, Arman tidak menolak kedua-dua baka itu menjadikan ramai peminat mahu cuba memiliki kucing peliharaannya.

“Sebagai peminat kucing, saya banyak buat rujukan dan kajian sendiri mengenai baka-baka haiwan ini dan tak dinafikan, selain berwarna kelabu biru, jenis yang dimiliki saya ini juga dicari ramai.

“Jangan terkejut jika saya katakan harganya mampu mencecah RM35,000 seekor kalau diimport terus dari Ukraine. Lebih mengejutkan lagi, ada yang sanggup melabur duit sebanyak itu,” katanya.

 

ARMAN Yusof sentiasa memastikan kucingnya mendapat sepenuh perhatian.

 

Berkongsi mengenai kucing keemasan kacukannya itu, kata jejaka berasal dari Bera, Pahang ini, dia secara peribadi pernah didekati beberapa individu yang mahu menawarkan sejumlah harga yang tinggi padanya demi seekor kucing.

“Ada sesetengah pemilik, contohnya seperti saya, apabila sudah mempunyai ikatan yang kuat dengan haiwan peliharaan, mereka terasa sayang mahu memberi atau menjualnya pada orang lain.

“Macam saya, pernah sahaja ditawar dengan harga RM7,000, ish… tak sanggup rasanya melihat ‘Ku Fatimah’ dibawa pergi,” katanya merujuk kepada kucing kesayangannya itu.

Sangat manja

Kongsi Arman lagi, memelihara kucing jenis ini juga bukan mudah atau boleh dibuat sambil lewa kerana ia berada dalam kategori manja.

Manja yang dimaksudkan bukanlah daripada aspek sifatnya semata, tetapi dari aspek penjagaan secara menyeluruh.

“Kucing jenis ini perlu diberi perhatian lebih terutama ketika baru lahir hingga usianya sembilan bulan. Waktu inilah pemilik perlu berjaga-jaga kerana dari sudut kesihatan, paru-paru kucing jenis ini mudah terkena jangkitan kuman selain mampu membawa kepada tumbesaran yang abnormal kerana faktor genetiknya,” katanya.

 

BERKAKI pendek, berbulu perang keemasan dan comel adalah antara keistimewaan kucing baka ini.

Selain itu, kata Arman, pemilik kucing baka-baka seperti ini juga semestinya perlu sanggup membuat sedikit pelaburan kerana diet pemakanannya yang tidak murah termasuk rawatan penjagaannya.

“Sama seperti menjaga anak, haiwan juga perlukan perhatian si penjaganya apatah lagi, mereka juga punya perasaan dan pandai menilai perlakuan tuannya,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×