Fizikal tidak sempurna uji keluarga Sewah - Utusan Malaysia

Fizikal tidak sempurna uji keluarga Sewah

KELUARGA Sewah Sumidjo diuji dengan ketidaksempurnaan fizikal ekoran menghidap penyakit Congenital Anomalies di rumah mereka di Bukit Lanchong, Selangor, semalam. – UTUSAN/ ZULFADHLI ZAKI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Berat mata memandang, berat lagi bahu memikulnya.

Itu situasi yang menimpa sebuah keluarga dari Bukit Lanchong, di sini apabila dua orang daripada mereka dilahirkan dalam keadaan cacat anggota tangan dan kaki akibat penyakit Congenital Anomalies.

Namun, Sewah Sumidjo, 63, reda dengan ketentuan bahawa dia dan dua keturunannya iaitu anak perempuannya, Nur Fatihah, 24, serta cucunya, Muhammad Firas Faaiq al-Fayyaadh Mohammad Faizal, 4, mewarisi penyakit genetik tersebut.

Lebih memedihkan isterinya, Saripah Daud, 55, yang pada asalnya sihat kini tidak boleh berjalan berikutan kesan daripada suntikan bius di tulang belakang ketika ingin melahirkan Nur Fatihah.

Sewah berkata, walaupun mereka sekeluarga diuji dengan ketidaksempurnaan fizikal, ia bukan penghalang untuk menjalani kehidupan seperti manusia normal lain.

“Saya dan isteri tidak pernah berasa susah dan menjadikan alasan kecacatan untuk meraih simpati. Saya tetap menjalankan pekerjaan seperti biasa dan pernah bekerja di beberapa buah di kilang ketika usia muda.

“Malah, demi menyara anak dan cucu, saya dan isteri me­lakukan kerja memotong kepi­ngan getah selama 10 tahun dengan meraih pendapatan sekitar RM300 sebulan.

“Namun, pekerjaan tersebut sudah tiada susulan penutupan kilang dan kini kami hanya mengharapkan bantuan daripada Lembaga Zakat Se­langor (LZS) serta Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM),” katanya ketika ditemui pada majlis penyerahan sumbangan kerusi roda elektrik oleh LZS di rumahnya semalam.

Terdahulu, LZS menyerahkan bantuan kerusi roda elektrik bernilai RM7,000 dan kaki palsu RM8,200 yang disampaikan Ketua Operasi Agihan Daerah Petaling LZS, Mohammad Sharil Ritin. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×