Depresi: Luah rasa biar bertempat - Utusan Malaysia

Depresi: Luah rasa biar bertempat

Daripada segi psikologi, lelaki lebih mudah tertekan berbandingan wanita. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Kebelakangan ini, terdapat banyak laporan mengenai masalah tekanan perasaan dalam kalangan pelajar. Malah ada yang tanpa berfikir panjang, mengambil keputusan menamatkan riwayat sendiri akibat tekanan yang tidak tertanggung.

SERI bertanya Pensyarah Kanan, Program Kaunseling, Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr. Abdul Rashid Abdul Aziz berhubung isu ini.

SERI: Takut dianggap lemah punca remaja enggan meluahkan rasa apabila mereka tertekan?
Ya. Ada yang rela berdiam diri kerana takut kena kecam kerana ia dikaitkan sebagai sesuatu yang memalukan. Namun tanggapan itu tidak benar. Setiap orang perlu bersikap terbuka menerima komen barulah perasaan lega.

Kesan kemurungan?
Remaja akan cenderung mengalami gangguan dalam fungsi kehidupan seperti proses pembelajaran dan jalinan perhubungan dengan ahli keluarga, rakan-rakan atau guru-guru.
Mereka juga kurang fokus dalam pelajaran, sentiasa bersikap pesimis, mudah putus asa, sukar membuat keputusan serta berasa gelisah yang akhirnya membawa kepada penurunan prestasi akademik.
Situasi menjadi lebih parah sekiranya remaja berkenaan berdepan masalah gangguan tingkah laku seperti buli dan masalah sosial lain yang memungkinkan mereka terjebak dalam penyalahgunaan bahan terlarang seperti merokok, mengambil minuman keras dan dadah.
Jika berlarutan dan tidak menemui jalan penyelesaian, remaja berkemungkinan mencederakan diri sendiri dan juga terdedah kepada cubaan membunuh diri.

Lelaki atau perempuan mudah murung?
Data laporan tahunan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan antara Januari sehingga Jun 2020 sebanyak 465 kes cubaan bunuh diri. Pelajar perempuan memiliki tahap kesihatan mental lebih tinggi berbanding lelaki. Lelaki lebih tertekan berbanding perempuan daripada sudut psikologi, lantaran budaya yang menetapkan lelaki perlu kuat dan tidak boleh lemah.
Tindakan memendam perasaan, tidak berkongsi masalah dihadapi ditambah sifat maskulin seperti menjaga keegoan untuk kelihatan lebih macho membuatkan mereka enggan bersuara.
Namun, kajian terkini berkaitan tahap tekanan yang saya jalankan bersama rakan penyelidik dalam kalangan pelajar universiti mendapati tiada perbezaan ketara di antara lelaki dan perempuan secara keseluruhannya.

Bagaimana menangani tingkah laku pelajar berdepan kemurungan?
Perkara yang paling penting apabila membincangkan hal berkaitan kemurungan atau masalah kesihatan mental ini adalah isu stigma. Hapuskan stigma masalah mental sebagai gila, buruk, kurang iman dan tidak boleh dirawat. Masyarakat perlu sedar, sesiapa sahaja boleh mengalami masalah mental tidak kira usia atau latar belakang.
Akronim LAH amat sinonim dengan situasi ini iaitu L merujuk kepada Listen (dengar), A adalah Ask (tanya) dan H pula adalah Help (bantu). Sistem sokongan ini dapat menjadi meredakan masalah. Percayalah, masalah mental boleh dirawat.

Bagaimana membezakan antara kemurungan dengan kisah rekaan?
Kemurungan didiagnosis secara klinikal, bukanlah perasaan sedih biasa. Ia merupakan penyakit melibatkan perasaan sedih berpanjangan serta menjejaskan fungsi kehidupan harian seseorang.
Dalam manual DSM V (Diagnostic and Statistical Manual of Mental Disorder V), tanda murung:

* Perasaan sedih atau kosong berpanjangan.
* Hilang minat terhadap hobi dan aktiviti yang biasanya mendatangkan keseronokan.
* Cepat rasa letih dan tidak bertenaga.
* Perasaan pesimistik dan mudah putus asa.
* Rasa diri tidak berguna.
* Sukar untuk tidur, tidur terganggu atau berlebihan tidur.
* Hilang selera makan dan berlaku penurunan berat badan.
* Terdetik rasa lebih baik mati dengan ada cubaan bunuh diri.
* Tidak tenteram dan mudah marah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×