SINGAPURA: Penggabungan antara Grab Holdings Inc. dengan Altimeter Growth Corp. diluluskan dengan undi pelabur, melengkapkan antara perjanjian syarikat pemerolehan tujuan khas (SPAC) terbesar dalam sejarah.
Kelulusan tersebut hadir selepas huru-hara untuk perjanjian dan transaksi tersebut berlangsung selama kira-kira setahun.
Cadangan tersebut diluluskan dalam mesyuarat istimewa antara pemegang saham kelmarin, memulakan usaha untuk Grab menjadi syarikat dagangan awam.
Menurut satu kenyataan, entiti gabungan tersebut akan mula didagangkan di Nasdaq bermula hari ini menggunakan singkatan GRAB.
Syarikat penyediakan perkhidmatan panggilan kenderaan yang berpangkalan di Singapura itu sekian lama dilihat sebagai syarikat tersohor dalam Asia Tenggara dan calon terbaik untuk ke pasaran awam.
Pengasas bersamanya, Anthony Tan dan Hooi Ling Tan dengan sokongan SoftBank Group Corp mengatasi persaingan agresif untuk menjadi satu daripada syarikat panggilan kenderaan dan penghantaran terbesar di rantau tersebut.
Syarikat tersebut juga merupakan antara syarikat pemula paling bernilai di rantau itu.
Walaupun, usaha untuk disenaraiakna di pasaran awam tidaklah mudah untuk Grab.
Selepas mendedahkan cadangan untuk bergabung dengan SPAC Altimeter Capital Management dalam perjanjian bernilai AS$40 bilion (RM168.14 bilion), mereka terpaksa menangguhkannya untuk menjalankan audit bagi akaun tiga tahun ke belakang.
Sementara itu, kawalan rapi perundangan untuk SPAC dan peningkatan semula kebimbangan berkenaan jangkitan Covid-19 berkemungkinan mengggagalkan perjanjian tersebut.
September lalu, Grab mengurangkan jangkaan pendapatannya untuk 2021 selepas rantau Asia Tenggara terkesan dengan varian Delta.
November lalu, syarikat tersebut mengumumkan kerugian bersihnya meningkat kepada AS$988 juta (RM4.15 bilion) dalam suku ketiga sementara pendapatannya menyusut sembilan peratus kepada AS$157 juta (RM660.19 juta).
Dalam bulan sama, aplikasi Grab turut mengalami gangguan besar-besaran. – AGENSI









