PALING hangat diperkatakan di Twitter minggu ini tentunya kisah penyanyi Alvin Chong yang didakwa bercinta dengan gadis bawah umur.
Melalui spekulasi itu ada yang menggelarkan penyanyi lagu Sayangku Salmah ini sebagai pedophile.
Menerusi beberapa bebenang yang sempat dilawati. Hubungan yang terjalin antara Alvin dan Athalia yang juga bintang TikTok ini mula dihidu apabila ada video yang dimuat naik Athalia seolah-olah menggambarkan mereka sedang bercinta.
Apa yang membuatkan kedua-dua peminat selebriti ini tidak puas hati bagaimana perbezaan umur yang begitu ketara antara Athalia dan Alvin sendiri. Selain mempersoalkan 13 tahun beza usia, ada juga netizen yang beranggapan Alvin sepatutnya memilih wanita yang jauh lebih sesuai dengan dirinya.
Tidak membiarkan perkara ini terus menjadi buah mulut peminat, Alvin melalui satu kenyataannya menjelaskan hubungannya dengan Athalia itu tidak lebih daripada sekadar rakan biasa.
Malah dalam tempoh ini juga dia dan Athalia yang dianggap sebagai adik sendiri itu juga sedang merancang projek bersama.










