MSD 2021 catat kejayaan - Utusan Malaysia

MSD 2021 catat kejayaan

AHMAD Zulqarnain Onn pada majlis penutup Minggu Saham Digital 2021 Permodalan Nasional Berhad, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Permodalan Nasional Berhad (PNB) mengakhiri program utama literasi kewangan tahunannya, Minggu Saham Digital (MSD) dengan kejayaan yang memberangsangkan.

Menurut PNB, acara tersebut mencatatkan lebih 1.5 juta tontonan selama tujuh hari dan lebih 5 juta penglibatan di semua saluran media sosial rasmi MSD.

Jelasnya, program hibur didik selama seminggu yang bertemakan #laburbersama itu bertujuan meningkatkan literasi kewangan dalam kalangan rakyat Malaysia dari semua peringkat umur, melalui pelbagai aktiviti dalam talian.

Presiden & Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Ahmad Zulqarnain Onn merakamkan penghargaan kepada semua pihak terlibat, terutama peserta yang menjadikan MSD 2021 sebagai acara paling menyeronokkan.

“Semua program kami sepanjang minggu masih boleh terus ditonton di saluran Facebook dan YouTube MSD. Kami berharap para peserta telah berjaya menimba ilmu baharu daripada pengalaman mereka bersama kami, dan terus menyokong usaha celik kewangan kami,” kata beliau dalam kenyataan.

MSD 2021 berlangsung dari 17 hingga 23 November secara maya.

PNB berkata, laman web rasmi MSD telah dikunjungi sebanyak sejuta kali dengan peraduan Jom… Kira Duit menerima penyertaan 307,000 dari lebih 9,000 peserta.

Sebagai tanda penghargaan, PNB memberi peluang kepada orang ramai yang mengikuti program MSD untuk memenangi hadiah bernilai lebih daripada RM500,000 menerusi pelbagai peraduan yang diadakan sebelum dan semasa MSD berlangsung.

Ahmad Zulqarnain turut merakamkan penghargaan kepada Rakan Korporat yang telah memainkan peranan penting dalam memastikan MSD 2021 terus menjadi antara acara literasi kewangan terbesar di Malaysia.

Senarai pemenang Peraduan Jom… Kira Duit:
* Hadiah Pertama – Hyundai Kona 2.0 Standard
Muhamad Ramli Ab Rahman, Kuala Lumpur

* Hadiah Kedua – Toyota Yaris 1.5G (AT)
Filzah Haziyah Ahmad Shah, Kota Kinabalu, Sabah

* Hadiah Ketiga – Perodua Ativa 1.0 Turbo AV
Mohd. Shahril Amin Shahda, Teluk Intan, Perak

* Hadiah Keempat – Motosikal Honda CB250R
Abdul Hamid Hasan, Jitra, Kedah

* 8 pemenang membawa pulang motosikal 125 Honda
Dash, yang mana lima adalah pemenang Ringgit Emas. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×