Masih ada peluang tebus kekalahan – Tian Chua - Utusan Malaysia

Masih ada peluang tebus kekalahan – Tian Chua

TIAN CHUA NOTA TERBITAN KOSMO 6 OGOS 2018 ISNIN MUKA 3 060818K Archived By RM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: PKR yang menerajui gabungan Pakatan Harapan (PH) masih berpeluang menebus kekalahan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan mendapatkan semula sokongan pengundi yang telah beralih kepada Barisan Nasional (BN).

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Naib Presiden PKR, Tian Chua berkata, belum terlewat untuk berbuat demikian bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) nanti.

Beliau memohon maaf kepada semua pihak khususnya pengundi yang menyokong PH kerana mengecewakan mereka dalam PRN Melaka.

“Secara ikhlas saya akan berusaha memastikan segala­nya mesti dibetulkan supaya pembangkang tidak me­ngulangi kejadian ini yang telah mengecewakan penyokong dan usaha bertahun-tahun untuk mencapai prestasi yang baik,” katanya ketika dihubungi semalam.

BN yang membentuk kerajaan negeri Melaka mencatatkan kemenangan dengan majoriti dua pertiga manakala PH hanya menang lima kerusi dengan PKR tewas di semua kerusi ditandingi.

PRN Melaka menyaksikan tiada seorang pun daripada tiga ADUN yang menyebabkan kejatuhan kerajaan Melaka menang dalam pilihan raya itu.

Tian Chua berkata, strategi meletakkan dua calon bekas UMNO, Datuk Seri Idris Haron dan Datuk Nor Azman Hassan yang bertanding atas tiket PH bertujuan untuk ‘memesongkan’ sokongan pengundi BN.

Bagaimanapun, langkah itu tidak berhasil apabila kedua-dua individu berkenaan tewas.

“Tuduhan bahawa kami menerima dua orang ‘pengkhianat’ yang menyebabkan kami kalah adalah terlalu simplistik. Banyak lagi faktor yang tidak memihak kepada PH,” katanya. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×