BN tubuh kerajaan di Melaka - Utusan Malaysia

BN tubuh kerajaan di Melaka

Sebahagian penyokong bersorak selepas melihat kemenangan Barisan Nasional yang diumumkan melalui paparan skrin gergasi diletakkan di hadapan BN Command Centre, Seri Chendana Ballroom, Taman Botanikal, Ayer Keroh malam tadi.-MINGGUAN/ AMIR KHALID /
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

membentuk kerajaan negeri Melaka apabila mencatatkan kemenangan dengan majoriti dua pertiga pada Pilihan Raya Negeri (PRN) semalam.
Sehingga pukul 9.30 malam, BN telah memenangi 20 daripada 28 kerusi yang dipertan­dingkan.

Keputusan itu menunjukkan BN mencatatkan prestasi lebih baik berbanding Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) apabila mereka mendapat 13 kerusi dan hilang kuasa kepada PH selama 22 bulan sebelum berlaku Langkah Sheraton yang menyebabkan pertukaran kerajaan Persekutuan yang mana Melaka turut terkena tempiasnya.

Berdasarkan keputusan tidak rasmi sehingga 9.30 BN menang di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi, Tanjung Bidara, Ayer Limau, Lendu, Taboh Na­ning, Rembia, Gadek, Machap Jaya, Durian Tunggal, Asahan, Pantai Kundor, Paya Rumput, Klebang, Ayer Molek, Telok Mas, Rim, Serkam, Merlimau, Sungai Rambai dan Pengkalan Batu.

Keputusan pilihan raya ini turut menyaksikan perubahan sokongan golongan atas pagar yang mahu melihat sebuah kerajaan yang stabil selepas kebanyakan rakyat muak untuk melihat polemik politik yang berpanjangan ketika negara masih berperang dengan ancaman Covid-19.

Paling menarik perhatian apabila calon BN, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh berjaya menewaskan calon Ketua Menteri, Datuk Mas Ermieyati Samsudin di kerusi DUN Tanjung Bidara dengan 3,558 undi.

BN juga berjaya merampas kerusi yang sebelum ini dimenangi Pakatan Harapan (PH) seperti Klebang, Gadek dan Machap Jaya.
Calon Ketua Menteri BN, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali dijangka mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri yang baharu di hadapan Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd. Ali Rustam, hari ini.

Sebanyak 112 calon daripada BN, PH, PN, Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) dan Parti Perikatan India Muslim Nasional (Iman) termasuk 22 calon Bebas bertanding dalam pilihan raya ini.

Sementara itu sebanyak 61 peratus keluar mengundi setakatk pukul 4 petang.
SPR sebelum ini menyasarkan 70 peratus daripada 476,037 pengundi dijangka keluar mengundi di 217 pusat mengundi.
Senario itu secara tidak langsung mencerminkan pendirian rakyat yang belum bersedia untuk berdepan pilihan raya umum (PRU), meskipun negara sudah diumumkan memasuki fasa endemik.

Rata-rata pengundi dikatakan enggan keluar membuang undi kerana risau pandemik Covid-19, biarpun kadar populasi dewasa yang selesai dua dos vaksinasi adalah 95.6 peratus.

Apa yang terjadi semalam juga membuktikan ‘pemboikotan’ rakyat terhadap sesetengah ahli politik yang dianggap langsung tidak memahami kesusahan dihadapi mereka.

Ramai yang menjangkakan peratusan mengundi di bawah 70 peratus daripada 476,037 pengundi hanya terjadi seandainya berlaku gangguan cuaca sama ada banjir atau hujan lebat.
PRN Melaka diadakan ekoran pembubaran DUN pada 4 Oktober lalu selepas empat ahlinya menarik sokongan terhadap kerajaan negeri.

PRN Melaka dianggap menarik kerana selain norma baharu yang tidak membenarkan kempen secara terbuka, ia juga menjadi penanda aras kepada pilihan raya lain termasuk Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) selepas ini terutamanya dari segi prosedur operasi standard (SOP).- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×