Komposisi dalam potret - Utusan Malaysia

Komposisi dalam potret

TETAPAN PADA KAMERA; Menggunakan DSLR, lensa 80mm, kelajuan pengatup 1/160, bukaan f/13, ISO 250.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Komposisi adalah susunan semua elemen yang membentuk pemandangan dalam gambar. Walaupun ada garis panduan, tiada peraturan yang khusus dan tetap dalam setiap rakaman.

Untuk merakam potret yang baik, ada beberapa perkara perlu dipertimbangkan daripada pencahayaan yang betul dan peralatan kamera yang sesuai dengan susun atur yang kreatif.

TETAPAN PADA KAMERA; Menggunakan DSLR, lensa 100mm, kelajuan pengatup 1/200, bukaan f/5, ISO 400.

Tingkatkan komposisi dengan bertimbang rasa, berani dan bersedia untuk mencuba.

Manusia boleh menjadi salah satu subjek yang paling menarik untuk dirakam kerana watak, personaliti mereka yang berbeza-beza.

Apabila mencipta sesuatu potret, ia sama seperti genre fotografi lain kepentingan kepada komposisi untuk mencipta kesan visual dan hubungan perlu diberi perhatian.

Potret perlu menyampaikan watak dan mood mengikut situasi semasa serta mengarang potret boleh menjadi agak sukar daripada yang difikirkan. Ada beberapa perkara seperti pencahayaan, subjek yang betul, tetapan kamera terbaik dan lokasi yang diperlukan untuk membuat potret yang berjaya dan menarik.

Untuk mencipta potret yang menarik dan bukan gambar, kemahiran dan pengetahuan teknikal dalam membuat potret perlu ada dalam setiap individu.

TETAPAN PADA KAMERA; Menggunakan kamera mirrorless, lensa 80mm, kelajuan pengatup 1/125, bukaan f/11, ISO 100.

Salah satu faktor terpenting antaranya ialah teknik komposisi dalam menggubah suatu potret. Berikut ialah enam teknik komposisi yang boleh digunakan untuk menambah baik hasil foto potret.

1. Ikut Rule Of Third.

2. Mengisi bingkai Framing.

3. Menggunakan garis utama.

4. Meninggalkan ruang untuk subjek melihat.

5. Memberi arahan.

6. Menggunakan perspektif atau sudut yang berbeza.

TETAPAN PADA KAMERA; Menggunakan DSLR, lensa 80mm, kelajuan pengatup 1/160, bukaan f/13, ISO 250.
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×