‘Jika ada kerjasama baru, kita maklum kemudian'  - Utusan Malaysia

‘Jika ada kerjasama baru, kita maklum kemudian’ 

AHMAD FAIZAL AZUMU
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan membuat percaturan lain jika wujud kerjasama baharu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menjelaskan, gerak kerja parti itu buat masa ini adalah sebagai komponen Perikatan Nasional (PN).

“Maka memberi tumpuan kami (Bersatu) kepada kesiapsiagaan melibatkan jentera PN.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Jika ada kerjasama pihak lain, kami akan memaklumkan kemudian,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Sambutan Hari Belia Negara 2021 di sini hari ini.

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan UMNO berhasrat untuk mengelakkan pertembungan sesama parti dalam kerajaan ketika PRN Melaka pada 20 November ini.

Ismail Sabri yang juga Naib Presiden UMNO berkata, Majlis Tertinggi parti telah memberikan mandat kepada beliau untuk berunding dengan parti dalam kerajaan untuk elak pertembungan sehingga boleh menyaksikan tiga penjuru.

Beliau kemudian menjelaskan rundingan itu masih berlangsung.

Sebelum ini, UMNO memutuskan kerjasama dengan Pas akan diteruskan untuk menghadapi PRN Melaka sejajar ketetapan Perhimpunan Agung UMNO sebelum ini.

Sebaliknya PN menetapkan semua parti komponen melibatkan Bersatu, Pas dan Parti Gerakan akan menggunakan logo parti itu dalam PRN Melaka.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×