Dewina lancar Inspect System - Utusan Malaysia

Dewina lancar Inspect System

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Dewina Consult Sdn. Bhd. (Dewina) memperkenalkan Inspect System bagi pendaftaran maklumat dan pemerhatian kit ujian kendiri Covid-19 lebih inovatif.

Pengerusi Eksekutif Kumpulan Brahim’s Dewina, Datuk Seri Ibrahim Ahmad berkata, syarikatnya adalah pengimport dan pengedar sah Newgene Covid-19 Antigen Test Kit (ATK) di Malaysia.

Sehubungan itu kata beliau, syarikat mencipta Inspect System bagi memberi kemudahan kepada pelanggan yang menjalankan ujian kendiri Covid-19 serta mendaftarkan maklumat dengan lebih sistematik.

Memuatkan artikel berkaitan…

Malah katanya, kemudahan lain seperti kod QR untuk setiap unit kit ujian kendiri disediakan bagi mengelakkan kes penipuan, memastikan kebolehcapaian dan kebolehkesanan, meningkatkan pengawasan Covid-19 dengan hasil masa nyata dan penjanaan sijil digital.

“Kit itu turut mempunyai QR Dewina, kod pengesahan dan keputusan ujian dinyatakan pada sijil digital adalah sah selama tiga hari.

“Inspect System adalah sistem pertama dalam pasaran Malaysia yang mengeluarkan sijil digital selepas kit kendiri serta serasi dengan sistem MySejahtera,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika pelancaran ATK dan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara Dewina bersama eMedAsia.

Menurut Ibrahim, kerjasama dengan eMedAsia akan dapat memantapkan lagi aktiviti mempromosi Newgene Covid-19 ATK dan Inspect System.

Katanya, Newgene Covid-19 ATK akan dapat diperoleh menerusi platform eMedAsia terutama kepada 8,000 klinik dan pelanggan Koop Malaysia Medical Association (MMA) seluruh Malaysia. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN