Sah Elon Musk individu paling kaya di dunia - Utusan Malaysia

Sah Elon Musk individu paling kaya di dunia

ELON MUSK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Ketua Pegawai Eksekutif Tesla, Elon Musk mengukuhkan dirinya sebagai individu nombor satu paling kaya di dunia.

Bahkan harta kekayaan Musk sudah melebihi aset Bill Gates dan Warren Buffet jika kedua-dua aset hartawan itu digabungkan.

Gates dan Buffet tersenarai dalam 10 individu terkaya di dunia.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurut data Bloomberg Billionaires Index 19 Oktober lalu, harta kekayaan bersih Musk adalah AS$243 bilion (RM972 bilion)

Sementara Bill Gates kini berada di kedudukan keempat senarai individu terkaya di dunia dengan kekayaan bersih bernilai AS$131 bilion (RM524 bilion)

Warren Buffet pula memiliki jumlah kekayaan AS$103 bilion (RM412 bilion) dan tersenarai dalam kedudukan ke-10 paling kaya di dunia.

Gabungan kekayaan Gates dan Buffet adalah sebanyak AS$234 billion (RM936 bilion) lebih rendah daripada kekayaan Musk yang mencecah AS$243 bilion.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini